Seperti semua sedia maklum, tujuan kita jadikan pendrive sebagai bootable window adalah untuk format komputer/laptop kita dengan hanya menggunakan pendrive. Kenapa menggunakan pendrive? berikut merupakan kelebihan menggunakan pendrive:
- Proses Instal window lebih cepat berbanding CD
- Tidak perlu bergantung kepada pemain CD lagi
- CD mudah rosak dan calar.
- Pendrive tahan lama
Terdapat dua cara untuk menjadikan pendrive anda sebagai bootable window. untuk tutorial kali ini saya akan berkongsi cara mudah iaitu dengan menggunakan software rufus. https://rufus.akeo.ie/ . Satu cara lagi adalah dengan menggunakan command line. Command line ini sedikit sukar bagi pengguna yang tiada kemahiran IT. menggunakan kaedah software rufus ini adalah yang paling mudah dan cepat.Caranya adalah seperti berikut:
- Download Software Rufus pada kompuet anda. https://rufus.akeo.ie/
- Instalkan Rufus
- Buka Aplikasi Rufus yang telah diinstall
- Masukkan Detail yang diperlukan
- Tekan Start
Sangat mudah kan? diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Penulis memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada perkongsian ini. Yang baik itu datangnya daripada allah swt dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri. Jumpa lagi :)